Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10050
Title: Integrasi ekonomi serantau dan pelaburan langsung asing kajian empirikal bagi Asean
Authors: Nur Hidayah Abd Salam
Keywords: LP 48 FPE 1 2012
Nur Hidayah Abd Salam
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Pelaburan langsung asing (FDI) adalah salah satu penyumbang yang penting kepada pertumbuhan sesebuah negara. Kajian ini mengkaji mengenai integrasi ekonomi serantau, FDI serta faktor-faktor penentunya untuk empat negara ASEAN iaitu Filipina, Indonesia, Malaysia dan Thailand. Antara pembolehubah yang diambil kira bagi penentu aliran masuk FDI adalah faktor Keluaran Dalam Negara Kasar (GDP), jumlah import dua hala di antara setiap negara kajian serta jarak fizikal antara negara sebagai proksi kepada kos pengangkutan. Kajian ini menggunakan pendekatan perisian komputer SAS bagi mengetahui hubungan diantara setiap pembolehubah untuk keempat-empat negara kajian yang merangkumi data dari tahun 1995 sehingga 2005. Kaedah kajian adalah berdasarkan pemilihan model yang terbaik melalui nilai R 2 yang tertinggi. Hasil kajian mendapati model yang dipilih adalah berbeza untuk setiap negara di mana Malaysia adalah model log manakala bagi Filipina, Indonesia dan Thailand adalah model separa log. Keputusan kajian juga menyatakan faktor-faktor penentu aliran masuk FDI juga berbeza untuk setiap negara. Aliran masuk FDI bagi Filipina dan Thailand adalah dipengaruhi oleh faktor GDP, faktor import pula lebih mempengaruhi aliran masuk FDI Indonesia dan Thailand dan faktor jarak fizikal banyak mempengaruhi FDI di Indonesia dan Malaysia. Secara kesimpulannya, integrasi ekonomi serantau adalah penting untuk negara ASEAN kerana dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi serta kestabilan ekonomi dalam negara masing-masing.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10050
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 48 FPE 1 2012 Abstract.pdf385.35 kBAdobe PDFView/Open
LP 48 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
4.2 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.