Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10191
Title: | Issues and problems of timber industry in Malaysia |
Authors: | Diana Wong Lung Lung |
Keywords: | LP 10 FPE 1 2010 Diana Wong Lung Lung |
Issue Date: | 2010 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kertas projek ini dibuat mengenai isu-isu dan masalah yang dihadapi oleh industri kayu balakdi Malaysia. Terdapat beberapa masalah yang telah dikenalpasti dalam kajian ini. Pertama, hubungan antara jumlah pengeluaran kayu balak dan harga akan analisis dalam pengajian ini. Bagaimana dan mengapa harga dan jumlah produktiviti kayu balak adalah berkaitan. Kedua, hubungan antara jumlah pekerja dan jumlah produktiviti kayu balak akan ditentukan. Ketiga, model ekonometrik yang sepadan diperlihatkan untuk melihat samaada kawasan hutan dan jumlah produktiviti kayu balak ada hubungan atau tidak. Objektif umum daripada kajian ini adalah untuk mengenalpasti secara empirik dan membincangkan masalah-masalah di industri kayu balak di Malaysia dari segi sosial, ekologi dan perspektif ekonomi. Tiga model yang berpadanan untuk menentukan hubungan antara jumlah pengeluaran kayu, harga, kawasan hutan dan jumlah pekerja di industri kayu telah diterbitkan. Saya telah menggunakan E-Views untuk melakukan analisis dalam kajian kes ini. Model regrasi sederhana telah dibangunkan untuk menganalisis hubungan mereka. Ordinary Least Square (OLS) method akan digunakan untuk melihat hubungan yang sebenamya antara pembolehubah-pembolehubah yang disediakan. Dalam kajian kes Malaysia, kami mendapati hubuangan di antara harga dan jumlah produktiviti kayu balak adalah negatif. Apabila harga meningkat, jumlah pengeluaran kayu balak akan menurun. Tidak ada hubungan antara jumlah pekerja dan jumlah pengeluaran kayu di Malaysia. R2 yang sangat rendah menunjukkan bahawa kedua-dua pembolehubah tersebut tidak mempengaruhi satu sama lain. Selain itu, ada hubungan positif antara jumlah kawasan hutan dan jumlah pengeluaran kayu balak di Malaysia. Apabila kawasan hutan meningkat, jumlah pengeluaran kayu balak juga akan meningkat. Beberapa dasar dan cadangan yang harus dilakukan untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi oleh industri kayu balak. Kerajaan perlu mengambil tindakan yang baik untuk memastikan bahawa harga selalu rendah untuk melindungi industri kayu balak. Dari kajian, saya mendapati bahawa kerajaan Malaysia sedang mengurus dalam pengurusan hutan, kerana daripada data, kita dapat melihat dengan jelas bahawa apabila kawasan hutan kami meningkat dan jumlah produktiviti kayu balak akan meningkat. Tindakan yang baik ini harus dilanjutkan. Saya mendapati bahawa jumlah pekerja di industri kayu balak meningkat, tetapi jumlah pengeluaran kayu balak hanya stabil dan tidak meningkat. Oleh itu, mengupah terlalu ramai pekerja akan meningkatkan kos pengeluaran kayu balak dan menjejaskan keuntungan syarikat. Akhimya, kerajaan juga telah membangunkan beberapa sumber altematif untuk mengatasi pelbagai masalah persekitaran seperti: pencemaran, penggundulan hutan, pembalakan liar, kehilangan habitat, perubahan iklim dan lain-lain. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10191 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 10 FPE 1 2010 Abstract.pdf | 502.89 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 10 FPE 1 2010 Full Text.pdf Restricted Access | 2.3 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.