Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10193
Title: Analisis permintaan terhadap makanan cina di negeri Terengganu
Authors: Chan Mee Yan
Keywords: LP 5 FPE 1 2010
Chan Mee Yan
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini adalah untuk membuat analisis permintaan pengguna di kawasan bandar Kuala Terengganu. Permintaan merupakan kesanggupan dan keinginan pengguna memperuntukkan pendapatan mereka terhadap barangan dan perkhidmatan mengikut keperluan dan kehendak mereka untuk memaksimumkan utiliti dan kepuasannya. Permintaan masyarakat Melayu yang semakin menggemari masakan cina. Sayangnya masakan ini sukar ditemui kerana faktor status halal. Corak permintaan adalah berbeza bagi setiap individu di mana bangsa, gaya hidup dan budaya setiap individu adalah berbeza. Hasil kajian menunjukkan industri makanan cina mempunyai potensi yang besar untuk terus bertambah agar mengalakkan ikatan perpaduan antara kaum di Malaysia. Model yang dibina menerangkan hubungan antara pembolehubah bersandar dan tidak bersandar dalam fungsi matematik. Kajian ini juga mendapati pembolehubah umur, kekerapan pengguna berbelanja di restoran, bangsa, citarasa dan halal mempengaruhi jumlah pemintaan pengguna di kawasan bandar. Secara keseluruhan, nilai R2 dalam analisis ini adalah 0.352 yang menunjukkan pembolehubahpembolehubah bebas dapat mempengaruhi pembolehubah bersandar iaitu jumlah permintaan secara keseluruhan. Kajian ini juga mencadangkan beberapa strategi untuk digunakan oleh penggubal dasar bagi merangka pelbagai dasar serta program bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan taraf hidup dan ekonomi negara
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10193
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 5 FPE 1 2010 Abstract.pdf410.77 kBAdobe PDFView/Open
LP 5 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
6.16 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.