Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10210
Title: Kajian pengendalian dan pelaksanaan produk perbankan Islam di Malaysia
Authors: Nor Kerza Kasim
Keywords: LP 39 FPE 1 2010
Nor Kerza Kasim
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Menyediakan satu institusi perbankan Islam yang berdasarkan konsep asas syariah merupakan fardhu kifayah bagi umat Islam dan menjadi kewajipan bagi umat Islam menguna pakai perbankan Islam bagi menghindarkan kebergantungan umat Islam terhadap produk yang tidak mengikut syarak. Permintaan yang tinggi terhadap produk perbankan Islam telah mendorong pihak tertentu untuk menyediakan lebih banyak perkhidmatan atau produk dalam perbankan Islam dan pada masa sekarang, hampir kesemua institusi perbankan konvensional ada menyediakan perkhidmatan atau produk perbankan Islam. Waiau bagaimanapun, terdapat desas-desus yang menyatakan institusi perbankan Islam di Malaysia pada ketika ini hanyalah celupan daripada perbankan konvensional. Berikutan timbulnya permasalahan untuk menganalisis pengendalian produk perbankan Islam mengikut prinsip asas syariah, maka kajian ini adalah untuk mengkaji keselarian antara pengendalian produk perbankan Islam dengan prinsip asas syariah. Mengikut kaedah aduktif deduktif, hasil dapatan kajian menunjukkan tidak semua institusi perbankan Islam di Malaysia benar-benar mematuhi prinsip asas syariah dalam pengendalian ke atas semua perkhidmatan atau produk perbankan Islam yang ditawarkan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10210
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 39 FPE 1 2010 Abstract.pdf463.5 kBAdobe PDFView/Open
LP 39 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.44 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.