Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/10211
Title: Peramalan krisis kewangan masa hadapan : Sistem Mahalanobis Taguchi (MTS)
Authors: Nur Azielia Nadia Kamal
Keywords: LP 42 FPE 1 2010
Nur Azielia Nadia Kamal
Issue Date: 2010
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Secara umumnya, kajian ini bertujuan menganalisis kesan krisis dan kejutan di dalam ekonomi yang dialami oleh Malaysia pada waktu krisis kewangan 1997, dan juga mengkaji kesesuaian model yang digunapakai bagi peramalan krisis kewangan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Perrnasalahan yang timbul dalam kajian ini adalah Malaysia tidak dapat meramal krisis kewangan yang bakal berlaku pada masa hadapan disebabkan tidak mempunyai model peramalan yang tepat. Melalui model peramalan yang tepat Malaysia sememangnya dapat bersedia untuk mengendalikan krisis tersebut dengan lebih cekap. Dengan menggunakan model Maha/anobis Taguchi System (MTS) pemasalahan yang timbul daripada kajian ini dapat diselesaikan. Melalui pengenalpastian dua kumpulan yang akan dijadikan sampel kajian, iaitu syarikat berrnasalah dan syarikat tidak berrnasalah yang tersenarai di Bursa Saham Malaysia. Data diambil dari tahun 1998 hingga tahun 2000, dimana ketiga-tiga tahun yang diambil sebagai sampel sememangnya tahun yang terkesan oleh krisis kewangan pada tahun 1997. Melalui pengenalpastian kedua kumpulan tersebut, sebanyak sembilan pembolehubah digunakan dalam meramal krisis kewangan iaitu iaitu hasil (Xi1 ), untung rugi sebelum cukai (Xi2), susutnilai (Xi3), aset tetap (Xi4), jumlah aset jangka panjang (Xi5), jumlah aset (Xi6), jumlah liabiliti (Xi?), jumlah rizab (Xi8) dan dana pemegang saham (Xi9). Dengan menggunakan langkah didalam model Mahalanobis Taguchi System (MTS) hasilnya kesembilan pembolehubah ini sangat tepat untuk digunakan dalam membuat peramalan krisis kewangan pada masa hadapan. Melalui hasil kajian juga, kesan daripada krisis dan kejutan ekonomi dapat dianalisis dalam menentukan model peramalan yang sesuai untuk diaplikasikan kelak.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10211
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 42 FPE 1 2010 Abstract.pdf477.69 kBAdobe PDFView/Open
LP 42 FPE 1 2010 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.72 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.