Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11114
Title: | Kadar pulangan sosial negeri maju-kurang maju Malaysia : aplikasi model kos-faedah |
Authors: | Yeoh Chee Joo |
Keywords: | Kadar pulangan sosial Negeri maju Negeri kurang maju |
Issue Date: | 2010 |
Publisher: | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk mengupas kadar pulangan sosial Malaysia menggunakan pendekatan Kos Dan Faedah· (CBA). Analisis kajian ini terbahagi kepada 2 bahagian, iaitu kategori negeri maju (Selangor, Wilayah Persekutuan, Perak, Pulau Pinang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor); dan negeri kurang maju (Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis) di Semenanjung Malaysia. Umumnya, kadar pulangan sosial memainkan peranan penting dalam menentukan keberuntungan pelaburan pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan sepanjang tempoh 3 dekad yang lampau. Kajian ini telah mengguna pakai data siri masa keratan lintang untuk mengukur kadar pulangan dalaman pulangan sosial. Hasil keputusan kajian dengan jelas menunjukkan negeri kurang maju memperoleh pulangan sosial yang lebih tinggi jika dibandingkan dengan negeri maju. Keputusan kajian ini juga seiring dengan penemuan kajian terdahulu, di mana semakin maju sesebuah negara, maka semakin berkurangan kadar pulangan sosial. Justeru, kajian ini secara tidak langsung telah menyumbang ke arah keberuntungan pelaburan sosial di Malaysia serta keperluan pelaburan pendidikan sebagai instrumen pembangunan modal manusia. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11114 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 73 FPE 1 2010 Abstract.pdf | 475.47 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 73 FPE 1 2010 Full Text.pdf Restricted Access | 2.58 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.