Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11126
Title: Pemusatan lokasi industri pembuatan kajian kes : kawasan perindustrian Klang Utama, Klang, Selangor
Authors: Kalaivany Lokenathan
Keywords: lndustri Pembuatan
Kesan Limpahan Pemusatan
Pemilihan Lokasi
Penentu Pemusatan
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kertas ini mengemukakan hasil kajian mengenai penentu pemusatan lokasi industri pembuatan dan kesan limpahannya terhadap pembangunan masyarakat setempat di kawasan perindustrian Klang Utama, Klang, Selangor. Pengumpulan data primer dilakukan melalui dua sumber iaitu soal selidik dan temuduga. Kajian ini menggunakan pendekatan analisis deskriptif dan frekuensi . Bagi menjawab persoalan kajian, faktor yang mendapat nilai peratusan tertinggi berdasarkan kategori sangat bersetuju dianggap sebagai faktor utama yang mempengaruhi pemusatan industri pembuatan di kawasan Klang. Sehubungan itu, didapati responden di kawasan kajian lebih mementingkan faktor buruh, aglomerasi, kemudahan pengangkutan & kesampaian pelabuhan, kemudahan infrastruktur, dan faktor tapak & tempat serta polisi kerajaan dalam mempengaruhi pemusatan - lokasi industri pembuatan. Selain itu, lokasi pelabuhan Klang yang berhampiran dengan kawasan kajian menyebabkan pertumbuhan industri pembuatan di Klang. Hasil penemuan kajian mendapati limpahan pemusatan dalam pembangunan setempat memberi impak kepada aspek ekonomi, sosial, persekitaran dan buruh tempatan.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11126
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 15 FPE 1 2012 Abstract.pdf379.2 kBAdobe PDFView/Open
LP 15 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
5.34 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.