Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/11152
Title: | Produktiviti dan kecekapan kelapa sawit, getah dan balak ; menggunakan pendekatan analisis DEA |
Authors: | Nur Hazwani Jamaluddin |
Keywords: | Analisis Penyampulan Data (DEA) produktiviti dan kecekapan komoditi primer utama |
Issue Date: | 2011 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Objektif kertas kajian ini adalah untuk menganalisis kecekapan dan produktiviti komoditi utama sektor pertanian di Malaysia iaitu kelapa sawit, getah dan balak. Jangka masa data yang digunakan adalah daripada tahun 2000 sehingga tahun 2006 dan dianalisis dengan menggunakan pendekatan analisis Analisis Penyampulan data (tingkap) atau DEA-Windows. Diketahui bahawa komoditi primer utama atau pengeluaran utama yang banyak menjana kepada ekonomi negara adalah sektor pertanian yang antaranya adalah getah, kelapa sawit dan industri kayu balak. Ketiga-tiga sektor pertanian ini juga telah memberi banyak sumbangan terhadap guna tenaga di Malaysia dan sekaligus dapat mengurangkan masalah pengangguran di Malaysia. Justeru, antara matlamat kajian kertas ini adalah untuk membantu membangunkan sektor primer ini agar ianya masih dapat memberi sumbangan kepada KDNK negara walaupun pelbagai industri baru yang lebih berdaya saing akan muncul di dalam negara kita pada suatu hari nanti. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/11152 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 38 FPE 1 2011 Abstract.pdf | 474.49 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 38 FPE 1 2011 Full text.pdf Restricted Access | 2.42 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.