Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/13526
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Ab. Hamid Bin Ali | - |
dc.date.accessioned | 2019-10-13T07:33:05Z | - |
dc.date.available | 2019-10-13T07:33:05Z | - |
dc.date.issued | 2015-02 | - |
dc.identifier.uri | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/13526 | - |
dc.description.abstract | Blog dilihat mengandungi daya tarik tersendiri dalam penyebaran dakwah semasa dengan ciri-ciri digital dan interaktif. Saluran ini semakin digemari oleh golongan Y Islam kerana kedudukan mereka yang begitu sinonim dengan penggunaan internet. Kajian ini bertujuan untuk mengkaji penerimaan generasi Y Islam di IPTA terhadap blog sebagai medium pemahaman agama. Asas penting yang dilihat mengenai penerimaan blog ialah ciri-ciri media berasaskan teknologi (kebergunaan serta kesenangan), ciri-ciri pelajar (efikasi diri serta pengetahuan asas agama) serta ciri kandungan blog (kredibiliti kandungan maklumat dan bloger). Secara khusus, kajian ini bertujuan untuk melihat bentuk dan kekuatan hubungan di antara pembolehubah bebas terhadap pembolehubah bersandar iaitu niat menggunakan blog selain bertujuan untuk melihat trend semasa mengenai penerimaan blog. Untuk mendapatkan pemahaman secara lebih komprehensif mengenai faktor-faktor penentu terhadap niat penerimaan blog, teori Technology Acceptance Model (TAM) serta pengembangan terhadapnya dilakukan oleh pengkaji dengan memasukkan pembolehubah efikasi diri, kredibiliti maklumat dan bloger serta pembolehubah pengetahuan asas agama sebagai faktor penyumbang terhadap model. Dengan menggunakan teknik purposive sampling, kira-kira 464 pelajar IPTA telah diambil sebagai sampel kajian. Dapatan menunjukkan hampir 99% responden menerima blog sebagai medium pemahaman agama melalui pelbagai kategori pengetahuan agama terutama terhadap isu agama semasa dan penyelesaian hukum Islam. Ujian secara Multivariate analysis (MVA) melalui Structural Equation Modelling (SEM) - Partial Least Square (Smart-PLS) menunjukkan keputusan responden menerima blog berasaskan faktor kesenangan menggunakannya, kredibiliti kandungan blog dan penulis blog, efikasi diri dalam menggunakan blog serta pengetahuan asas agama turut mempengaruhi niat menggunakan blog. Walau bagaimanapun, faktor kebergunaan blog sebagai medium pemahaman agama didapati tidak signifikan. Secara keseluruhan kesemua faktor telah menyumbang sebanyak 57.3% terhadap niat responden dalam menggunakan blog sebagai medium pemahaman agama (R2 0.573). | en_US |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
dc.subject | Ab. Hamid Bin Ali | en_US |
dc.subject | BP 170.85 .A2 2015 | en_US |
dc.title | Blog Dakwah Sebagai Medium Pemahaman Agama Dalam Kalangan Generasi Y Islam | en_US |
dc.type | Thesis | en_US |
Appears in Collections: | Pusat Pengajian Asas dan Liberal |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
BP 170.85 .A2 2015 Abstract.pdf | 237.63 kB | Adobe PDF | View/Open | |
BP 170.85 .A2 2015 Full Text.pdf Restricted Access | 2.26 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.