Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/3200
Title: Model regresi logistik dan rangkaian neural
Other Titles: suatu perbandingan dalam mengukur kerugian koperasi
Authors: Nor Bazilah Safiar
Keywords: QA 278.2 .N6 2013
Nor Bazilah Safiar
Tesis PPIMG 2013
Neural networks (Computer science)
Business failures
Logistic regression analysis -- Data processing
Issue Date: Apr-2013
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Penggunaan model statistik untuk meramalkan kegagalan perniagaan telah mendapat perhatian pada masa kini. Walau bagaimanapun, sangat sedikit kajian telah dijalankan untuk meramalkan kerugian dalam perniagaan sesebuah koperasi. Objektif kajian ialah untuk membina model Regresi Logistik (RL) dan Rangkaian Neural (RN), membandingkan dan mengenalpasti model ramalan terbaik (RL dan RN) serta mengenalpasti pembolehubah penting dalam peramalan kerugian koperasi. Data 2009 sehingga 2011 diperolehi daripada Jabatan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) cawangan Terengganu di analisis menggunakan SPSS Clementine versi 12.0. Hasil kajian mendapati bahawa kaedah Prun di dalam model RN memberikan nilai pengujian yang paling tinggi iaitu 82.77%, nilai kepekaan iaitu 82.90%, nilai ketentuan iaitu 75% dan kadar ralat (MSE) terendah iaitu 17%. Modal menjadi pembolehubah yang paling mempengaruhi kerugian koperasi kerana mempunyai nilai yang paling tinggi iaitu 0.23(23%).
URI: http://hdl.handle.net/123456789/3200
Appears in Collections:Pusat Pengajian Informatik dan Matematik Gunaan

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
tesis QA 278.2 .N6 2013 Abstract.pdf4.79 MBAdobe PDFView/Open
tesis QA 278.2 .N6 2013 FullText.pdf
  Restricted Access
149.85 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.