Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/6523
Title: | Kajian teknik pencaman keserupaan panas wajah |
Authors: | Yap Khai Lee |
Keywords: | Yap Khai Lee LP 36 FST 8 2005 |
Issue Date: | 2005 |
Publisher: | Terengganu: Kolej Universiti Sains dan Teknologi Malaysia |
Abstract: | Paras wajah manusia merupakan antaramuka yang semulajadi manakala pencaman paras wajah merupakan elemen yang penting bagi manusia terutamanya untuk berkomunikasi. Manusia mempunyai kebolehan mengecam seseorang individu. Namun, manusia mempunyai kelemahan iaitu: bilangan dan jenis paras wajah yang dapat diingati dan mampu dibezakan. Oleh yang demikian, mesin wujud sebagai cara altematif untuk mengecam dan menyimpan sebanyak mungkin paras wajah. Kebanyakan sistern pencaman adalah meniru sistern pemerhatian manusia dalam kebolehan mengecam. Pembangunan pencaman paras wajah dengan menggunakan mesin telah berjaya menarik perhatian para penyelidik dalam dunia kajian. Pelbagai metod, pendekatan, teknik dan algoritma telah dibangunkan dan dikaji untuk proses pencaman paras wajah; kebanyakan daripada kaedah tersebut telahpun berjaya mengecam paras wajah seseorang individu yang hendak dicamkan. Waiau bagaimanapun, terdapat kelebihan dan kekurangan dalam kaedah-kaedah itu. Kaj ian ini telah menggunakan teknik pencaman keserupaan paras wajah iaitu teknik Eigenfaces. Teknik Eigenfaces dikategorikan dalam kumpulan Holistic Matching Methods. Secara ringkasnya, teknik Eigenfaces mengambil kira mimik muka manusia. Teknik ini dapat mencapai ketepatan pencaman yang memuaskan dalam situasi yang berlainan. Hasil kajian ini menunjukkan bahawa teknik Eigenfaces sangat peka terhadap ciri-ciri paras wajah, kecerahan imej, mimik muka dan latar belakang imej. |
URI: | http://hdl.handle.net/123456789/6523 |
Appears in Collections: | Fakulti Sains dan Teknologi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 36 FST 8 2005 Abstract.pdf | 518.56 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 36 FST 8 2005 Full Text.pdf Restricted Access | 7.44 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.