Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/8388
Title: Penilaian pembangunan dan perlaksanaan tukun tiruan di Malaysia
Authors: Ahmad Ali
Keywords: SH 157.85 .A7 A4 2015
Ahmad Ali
Artificial reefs
Issue Date: 2015
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Tesis ini membentangkan keputusan kajian perlaksanaan tukun tiruan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (JPM) dan unjam-unjam oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) di Semenanjung Malaysia di antara tahun 1975-2010. Data primer diperolehi melalui temuduga bersemuka dan perbincangan menggunakan soal selidik berstruktur melibatkan individu-individu penting yang terlibat dalam merangka polisi dan melaksana program tukun di Malaysia. Kajian ini juga mengkaji faedah sosio ekonomi program tukun tiruan ke atas kumpulan nelayan melibatkan 506 responden di lokasi 68 jeti utama di Semenanjung Malaysia untuk mendapatkan pandangan, kesedaran dan persepsi mereka mengenai program tukun tiruan yang dijalankan pada masa dahulu dan sekarang. Keputusan kajian menunjukkan tukun tiruan menjadi semakin popular sebagai salah satu alat dalam meningkatkan sumber perikanan pantai, kaedah pemuliharaan dan juga meningkatkan tangkapan nelayan tradisi di Semenanjung Malaysia. Jabatan Perikanan Malaysia dan LKIM ialah dua agensi utama yang aktif dalam program ini. Sebanyak 36% peruntukan disalurkan kepada JPM, 63% kepada LKIM dan sebanyak 1% kepada agensi-agensi lain.
URI: http://hdl.handle.net/123456789/8388
Appears in Collections:Institut Bioteknologi Marin

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
SH 157.85 .A7 A4 2015 Abstract.pdf138.53 kBAdobe PDFView/Open
SH 157.85 .A7 A4 2015 Full Text.pdf
  Restricted Access
1.56 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.