Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9333
Title: Laporan akhir latihan industri di Bank Pertanian Malaysia Cawangan Seberang Perak Darul Ridzuan
Authors: Siti Norazlina Ismail
Keywords: LI 34 FPE 2 2007
Siti Norazlina Ismail
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sepanjang Latihan industri merupakan salah satu kursus teras di dalam program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), pelatih akan ditempatkan di organisasi atau syarikat selama 12 minggu bagi memastikan pelatih mendapat pendedahan tentang alam pekerjaan dan juga pengetahuan seperti mana yang dikehendaki oleh pihak universiti dalam melahirkan graduan yang berkemahiran, berpengetahuan dan berpengalaman. Latihan industri telah membenarkan pelatih untuk mempelajari apa yang tidak terdapat di dalam bilik kuliah, ini bermakna pembelajaran yang telah diperolehi oleh pelatih lebih kepada praktikal dan pengalaman selain pengetahuan dan juga mengaplikasi teori yang telah dipelajari selama ini. Selama 3 bulan menjalani latihan industri pelatih telah ditempatkan di Bank Pertanian Malaysia di Cawangan Seberang Perak yang mana merupakan sebuah Bank yang menawarkan perkhidmatan mereka kepada para petani yang diperlukan di Felcra Changkat Lada Seberang Perak, Perak. Sepanjang menjalani latihan industri pelatih telah ditempatkan di dua jabatan utama iaitu unit kredit dan pentadbiran dan juga unit kewangan. Selain itu, pelatih juga diberikan peluang untuk mempelajari cara-cara menguruskan kerja berteraskan perkhidmatan pinjaman dan juga cara untuk menguruskan kewangan Bank Pertanian Malaysia. Melalui laporan ini, pelatih telah mengenalpasti 3 sistem yang terdapat di Bank Pertanian Malaysia. Pelatih juga turut menganalisa beberapa permasalahan yang terdapat dalam sistem ini dan penyelesaian yang telah dicadangkan oleh pelatih sendiri. Sesungguhnya penyelesaian dan masalah yang terdapat dalam laporan ini adalah masalah yang pelatih kenalpasti dan beberapa pengamatan tentang masalah yang berlaku. Diharapkan laporan ini dapat memberikan manfaat kepada pembaca sekaligus meningkatkan ilmu bersama.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9333
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 34 FPE 2 2007 Abstract.pdf509.34 kBAdobe PDFView/Open
LI 34 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.95 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.