Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9391
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Nur Dalilah Abdul Muen | - |
dc.date.accessioned | 2018-07-26T01:23:39Z | - |
dc.date.available | 2018-07-26T01:23:39Z | - |
dc.date.issued | 2007 | - |
dc.identifier.uri | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9391 | - |
dc.description.abstract | Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalankan Latihan lndustri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu pengalaman yang amat berharga. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas yang akan diberikan. Peluang yang diberikan kepada pelatih dalam menjalankan Latihan lndustri di M.S Garden Hotel digunakan sepenuhnya untuk mengetahui dan memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang pemasaran dan pentadbiran. Pelatih dapat mengaplikasikan matapelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikannya kepada situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input-input berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan jualan serta penglibatan pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani Latihan lndustri di M.S Garden Hotel., pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi syarikat tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangkamasa yang lama. Antara masalah-masalah yang dikenalpasti dalam Jabatan Pentadbiran ialah masalah pendaftaran keahlian "sports club" yang mengambil masa dan merumitkan sehingga ada pelanggan yang bersungut semasa hendak mendaftar. Masalah kedua yang dapat dikenalpasti dalam Jabatan Jualan dan Pemasaran ialah masalah dari segi mendapatkan tempahan samada bilik penginapan, dewan mahupun bilik mesyuarat. Kebanyakan pelanggan yang sudah membuat tempahan sering membatalkan tempahan mereka oleh sebab yang tidak dapat dielakkan mahupun kerana kelewatan menerima sebut harga yang diminta. Masalah ketiga adalah masalah di Jabatan Pentadbiran dimana system pengiraan program insentif pelanggan yang mengambil masa untuk disiapkan. Menyedari permasalahan tersebut, pelatih sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak syarikat mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi syarikat. Latihan lndustri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetitif disamping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat. | en_US |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
dc.subject | LI 24 FPE 2 2007 | en_US |
dc.subject | Nur Dalilah Abdul Muen | en_US |
dc.title | Laporan akhir latihan industri di MS Garden Hotel Kuantan | en_US |
dc.type | Working Paper | en_US |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LI 24 FPE 2 2007 Abstract.pdf | 598.25 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LI 24 FPE 2 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 2.06 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.