Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9394
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Nor Nadhirah Musa | - |
dc.date.accessioned | 2018-07-26T02:31:57Z | - |
dc.date.available | 2018-07-26T02:31:57Z | - |
dc.date.issued | 2007 | - |
dc.identifier.uri | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9394 | - |
dc.description.abstract | Sebagai pelajar di bawah program Sarjana Muda Pengurusan (Pemasaran), Fakulti Pengurusan dan Ekonomi adalah diwajibkan menjalani latihan industri selama 12 minggu. Bagi setiap pelajar, peluang untuk menjalani latihan industri di sesebuah organisasi sama ada agensi awam atau swasta adalah merupakan sesuatu yang amat berharga. Sepanjang latihan industri ini juga, pelbagai pendekatan telah dipraktikkan agar segala tugasan yang diberikan dapat dilakukan dengan cekap dan berkesan. Penyelia industri menempatkan pelatih di Sahagian Pemasaran Dan Komunikasi Korporat. Dengan itu pelatih dapat memahami dengan lebih mendalam mengenai Sistem Pemasaran yang dijalankan malah diberi penekanan dalam urusan Promosi Perkhidmatan Syarikat. Pelatih dapat mengaplikasikan bidang pengajian kepada bidang pekerjaan terutama cara bagaimana untuk berhadapan dan berinteraksi dengan pelanggan, mempromosikan perkhidmatan, menyesuaikan diri dan bertanggungjawab terhadap tugas yang diamanahkan. Pelajar berpeluang untuk belajar melalui pemerhatian dan penglibatan secara langsung dengan aktiviti dan tugas dan peluang yang diberikan kepada pelatih dalam menjalankan latihan industri di Kuantan Port Consortium Sdn Bhd ini. Tugas yang diberikan digunakan sepenuhnya untuk mengetahui serta memahami operasi syarikat khususnya dalam bidang operasi dan perkhidmatan. Pelatih dapat mengaplikasikan mata pelajaran yang telah dipelajari dan menyesuaikan dengan situasi pekerjaan yang sebenar. Banyak input-input yang berguna yang dapat dipelajari melalui perbincangan dengan pihak pengurusan dan kakitangan KPC serta penglibatan sebenar pelatih dengan tugas dan aktiviti dalam organisasi. Semasa menjalani latihan industri di KPC, pelatih dapat mengenalpasti beberapa masalah yang terdapat dalam operasi syarikat tersebut. Masalah ini dapat dikenalpasti atas pemerhatian yang terperinci dalam jangka masa yang lama. Menyedari permasalahan tersebut, pelajar sedia memberikan pandangan dan cadangan agar pihak syarikat mengaplikasikannya dan semoga cadangan yang diberikan dapat memajukan lagi syarikat tersebut. Latihan industri amat diperlukan bagi meningkatkan kemahiran dan pengalaman bagi menjadikan seseorang mahasiswa lebih berdaya saing dan kompetetif di samping dapat memberikan pandangan berguna kepada sesebuah syarikat. | en_US |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
dc.subject | LI 21 FPE 2 2007 | en_US |
dc.subject | Nor Nadhirah Musa | en_US |
dc.title | Laporan akhir latihan industri di Kuantan Port Consortium Sdn.Bhd. Kuantan, Pahang Darul Makmur | en_US |
dc.type | Working Paper | en_US |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LI 21 FPE 2 2007 Abstract.pdf | 569.64 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LI 21 FPE 2 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 4.2 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.