Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9395
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Nor Azini Abdullah | - |
dc.date.accessioned | 2018-07-26T02:32:11Z | - |
dc.date.available | 2018-07-26T02:32:11Z | - |
dc.date.issued | 2007 | - |
dc.identifier.uri | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9395 | - |
dc.description.abstract | Latihan lndustri merupakan kursus yang telah diwajibkan oleh Fakulti Pengurusan dan Ekonomi kepada semua pelajar Sarjana Muda Pengurusan Pemasaran. Latihan lndustri banyak memberi manfaat dan ia amat berguna kepada pelatih kerana melalui latihan yang dijalankan ini dapat memberikan gambaran yang sebenar kepada kita tentang alam pekerjaan yang akan ditempuhi suatu hari nanti. Semasa di Universiti, kita hanya mempelajari teorinya sahaja dan di dalam latihan ini, kita mempraktikkan segala ilmu yang dipelajari dengan kerja yang dipertanggungjawabkan kepada kita. Tujuan latihan industri ini dibuat adalah untuk memberi pendedahan yang berkaitan dengan suasana kerja dan menimba pengalaman bekerja di agensi-agensi kerajaan mahupun di swasta. Selain itu, pelatih juga turut didedahkan dengan aktitiviaktiviti yang lebih menekankan aspek fizikal dan kemahiran berfikir mengenai tugas yang diberikan dan ini dapat mewujudkan jaringan peluang kerjaya pada suatu masa nanti. Segala ilmu yang dipelajari dan pengalaman yang diperolehi semasa berada di PPK Puteri Saadong adalah tidak sama dengan segala apa yang dipelajari di peringkat Universiti. Pengalaman yang berharga inilah yang akan menjadi panduan kepada pelatih untuk terus mengorak langkah ke hadapan. Sepanjang tempoh 12 minggu menjalankan latihan industri ini, sedikit sebanyak pelatih dapat memahami sistem-sistem kerja yang digunakan oleh organisasi untuk aktiviti seharian mereka. Antara sistem kerja yang ditemui ialah Sistem Proses Pendaftaran Skim Baja Padi Kerajaan Persekutuan (SBPKP), Sistem Permohonan Kredit, dan Sistem Belian Barangan Input Pertanian. Namun, terdapat beberapa masalah dan kelemahan yang telah dikenalpasti sedikit sebanyak memberi impak negatif kepada kelancaran sesuatu sistem kerja. Masalah-masalah ini mungkin dianggap remeh, namun ia akan menjadi masalah besar dalam jangka masa panjang. Beberapa cadangan membina cuba diusulkan oleh pelatih bagi mengatasi masalah dan kelemahan tersebut. Diharap pihak Pertubuhan Peladang Kawasan Puteri Saadong akan mempertimbangkan cadangan-cadangan yang telah diusulkan. Semoga PPK Puteri Saadong akan menjadi sebuah organisasi yang terunggul selaras dengan matlamat yang diwacanakan. | en_US |
dc.language.iso | other | en_US |
dc.publisher | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
dc.subject | LI 20 FPE 2 2007 | en_US |
dc.subject | Nor Azini Abdullah | en_US |
dc.title | Laporan akhir latihan industri di Pertubuhan Peladang Kawasan Puteri Saadong | en_US |
dc.type | Working Paper | en_US |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LI 20 FPE 2 2007 Abstract.pdf | 549.46 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LI 20 FPE 2 2007 Full Text.pdf Restricted Access | 3.75 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.