Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9427
Title: Laporan akhir latihan industri di Takaful Malaysia Cawangan Raub Pahang
Authors: Fadzil Ahmad
Keywords: LI 4 FPE 2 2007
Fadzil Ahmad
Issue Date: 2007
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Latihan Industri merupakan satu cara untuk meletakkan pelatih di dalam satu suasana dunia pekerjaan yang bakal dihadapi apabila menamatkan pengajian di Institut Pengajian Tinggi (IPT) kelak. Sebagai seorang pelajar, mereka diwajibkan untuk menjalani latihan mengikut tempoh yang telah ditetapkan di mana-mana organisasi yang ditempatkan. Ia bertujuan untuk mendedahkan pelajar kepada situasi sebenar pekerjaan supaya pelatih dapat menimba ilmu dan melakukan pemerhatian tentang kekuatan, kelemahan, peluang dan halangan yang wujud di dalam dan luar organisasi.Kajian terhadap sistem yang dijalankan oleh pelatih bertujuan untuk mengenalpasti sistem sedia ada di dalam organisasi, mengenalpasti masalah yang timbul di dalam sistem dan menyatakan cadangan dan pendapat untuk memperbaiki kelemahan sistem tersebut. Di sini pelatih bukan sahaja berpeluang mengenali sistem yang digunakan oleh organisasi malah berpeluang untuk memberikan sumbangan dengan menyatakan pendapat untuk memperbaiki kelemahan sistem tersebut. Di kesempatan inilah pelatih dapat mengaplikasikan apa yang telah dipelajarinya semasa di dalam kuliah sepanjang tempoh pengajian yang telah dilaluinya.Ternyata sekali Latihan Industri yang dijalankan sangat bermanfaat kepada pelatih dan juga organisasi kerana kedua-duanya memperoleh faedah yang mungkin sukar untuk diperoleh sekiranya pelatih telah menceburi pekerjaan tanpa melalui sesi Latihan Industri ini.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9427
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LI 4 FPE 2 2007 Abstract.pdf495.61 kBAdobe PDFView/Open
LI 4 FPE 2 2007 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.13 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.