Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9531
Title: | Analisis terhadap tahap pendidikan mempengaruhi produktiviti pekerja dalam sektor perkilangan elektrik dan elektronik : satu kajian kes di Ipoh, Perak |
Authors: | Hajar Sofiah Ahmad Hatzeri |
Keywords: | Hajar Sofiah Ahmad Hatzeri LP 17 FPE 2 2008 |
Issue Date: | 2008 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Produktiviti memainkan peranan yang amat penting dalam usaha negara membangunkan modal insan yang berkualiti dan berdaya saing dalam pasaran dunia global. Perkembangan produktiviti negara dapat dilihat melalui kecekapan dalam penggunaan modal, pembangunan sumber manusia dan kemajuan teknologi yang digunakan dalam proses pengeluaran iaitu daripada 2.46 peratus pada tahun 2002 meningkat kepada 3.42 peratus pada tahun 2004. Manakala dalam sektor pembuatan, pertumbuhan produktiviti adalah pada tahap yang amat memberangsangkan melalui pengukuran nilai ditambah daripada RM 74 050 juta pada tahun 2003 meningkat kepada RM 81 167 juta pada tahun 2004. Sehubungan itu, kajian ini bertujuan untuk menganalisis hubungan pertumbuhan produktiviti di Malaysia khususnya bagi sektor pembuatan elektrik dan elektronik dengan tahap pendidikan, mengenalpasti faktor-faktor lain yang mempengaruhi peningkatan produktiviti dan membuat perbandingan adakah buruh berpendidikan tinggi lebih produktif berbanding buruh yang tidak berpendidikan tinggi. Bagi mencapai objektif tersebut, borang soal selidik telah diedarkan kepada 126 orang responden yang bekerja di sektor perkilangan elektrik dan elektronik di kawasan perindustrian di lpoh Perak. Kaedah Analisis Regresi Linear digunakan untuk mendapatkan keputusan akhir yang dapat menjawab objektif kajian yang sebenar. Penemuan kajian menunjukkan tahap pendidikan merupakan faktor penting dalam peningkatan tingkat produktiviti buruh dan terdapat faktor lain yang turut mampu mempengaruhi pertumbuhan produktiviti seperti pemberian latihan, kadar upah, tingkat kepuasan dan penghargaan. Hasil dapatan juga membuktikan bahawa buruh yang berpendidikan tinggi adalah lebih berproduktiviti berbanding buruh yang tidak berpendidikan tinggi. Sehubungan itu, kerajaan dicadangkan agar mempertingkatkan lagi Sistem pendidikan dan latihan sama ada di peringkat asas mahupun di peringkat profesional agar berada pada tahap yang lebih baik untuk membantu melahirkan modal insan yang berpengetahuan tinggi. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9531 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 17 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 514.25 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 17 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 3.67 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.