Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9532
Title: Analisis hasil dan perbelanjaan : kajian kes kerajaan Negeri Johor
Authors: Farhana Ja'afar
Keywords: Farhana Ja'afar
LP 16 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Hasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen penting dalam dasar fiskal yang juga merupakan satu dasar kawalan langsung yang dijalankan oleh kerajaan untuk mencapai matlamat ekonomi sesebuah negara. Dalam mewujudkan sebuah kerajaan yang cekap dan menyeluruh (holistik) memerlukan keseimbangan dalam pelbagai aspek. Oleh itu, pembolehubah hasil dan perbelanjaan merupakan dua elemen utama yang penting dalam kajian ini. Kerajaan Negeri Johor mengalami masalah bajet defisit yang berlarutan dan jika tidak ditangani akan memberi kesan negatif terhadap pertumbuhan ekonomi negeri tersebut iaitu menyebabkan ekonomi negeri tidak berkembang. Oleh itu satu kajian dijalankan bagi melihat hubungan antara hasil dan perbelanjaan yang menggunakan kaedah ekonometrik siri masa seperti Ujian Kointegrasi, Ujian Sebab-akibat Granger, Kaedah Penghuraian Varians dan fungsi tindak balas diaplikasikan dalam kajian ini. Hasil kajian menunjukkan wujud hubungan yang positif dalam jangka pendek dan jangka panjang bagi semua pembolehubah bersandar dan tidak bersandar. Penemuan hasil kajian ini telah memberi beberapa implikasi penting kepada strategi belanjawan Kerajaan Negeri Johor. Oleh itu, satu strategi belanjawan yang proaktif perlu dijalankan bagi menangani isu bajet defisit yang boleh mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara keseluruhannya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9532
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 16 FPE 2 2008 Abstract.pdf619.11 kBAdobe PDFView/Open
LP 16 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.22 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.