Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9533
Title: | Analisis pembentukan modal insan terhadap pertumbuhan ekonomi negara |
Authors: | Faraidayu Mohd Fadzil |
Keywords: | Faraidayu Mohd Fadzil LP 15 FPE 2 2008 |
Issue Date: | 2008 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Kajian ini bertujuan untuk menganalisis penentu-penentu pembentukan modal insan dan sumbangannya terhadap pertumbuhan ekonomi negara. Kajian ini memberi fokus kepada kesan perbelanjaan pendidikan kepada pembangunan modal insan dan pertumbuhan ekonomi. Terdapat empat pembolehubah bebas yang dikenalpasti bagi meningkatkan pembangunan modal insan iaitu perbelanjaan mengurus bagi pendidikan dan latihan, perbelanjaan pembangunan bagi pendidikan dan latihan, jumlah guna tenaga serta jumlah populasi. Pertumbuhan ekonomi negara pula dipilih sebagai pembolehubah bersandar. Analisis model regresi berbilang dan analisis korelasi telah digunakan sebagai metodologi dalam menghasilkan output. Hasil kajian telah menunjukkan bahawa kesemua pembolehubah bebas mempunyai hubungan signifikan dengan pembolehubah bersandar. lni membuktikan bahawa penentu-penentu kepada pembangunan modal insan ini banyak memberi sumbangan terhadap ekonomi negara. Dengan ini, pihak kerajaan haruslah memandang serius terhadap perancangan yang akan dilakukan bagi meningkatkan pembangunan modal insan negara. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9533 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 15 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 565.4 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 15 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 4.04 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.