Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9537
Full metadata record
DC FieldValueLanguage
dc.contributor.authorChe Marina Che Ibrahim-
dc.date.accessioned2018-07-26T03:34:03Z-
dc.date.available2018-07-26T03:34:03Z-
dc.date.issued2008-
dc.identifier.urihttp://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9537-
dc.description.abstractKajian ini adalah untuk membuat analisis perbandingan taraf sosioekonomi di antara dua kawasan yang mempunyai kemudahan teknologi digital dengan kawasan yang tidak mempunyai kemudahan teknologi digital. Berdasarkan kajian lepas yang dijalankan oleh Niles dan Hanson (2003), mendapati bahawa kawasan yang berbeza-beza dari segi kemudahan digital adalah faktor utama yang menyukarkan perolehan capaian dan penggunaan teknologi maklumat. Manakala kajian oleh e-Bario (1990) pula, mendapati bahawa "tele centre" komuniti mampu meningkatkan kehidupan marginal kumpulan komuniti kecil dan pedalaman di Sarawak. Fan dan Xiaobo (2004) pula, menyatakan infrastruktur pedalaman dan pendidikan memainkan peranan yang penting dalam menerangkan perbezaan produktiviti pedalaman bukan pertanian berbanding produktiviti pertanian. Kaedah yang digunakan dalam kajian ini ialah kaedah persamaan sistem iaitu "Seemingly Unrelated Regression" bagi mengenalpasti hubungan pembolehubah bebas dengan pembolehubah bersandar di kawasan yang berlainan. Hasil kajian membuktikan bahawa wujudnya kesan yang positif antara pembolehubah bebas dan bersandar akibat daripada pembangunan digital yang dijalankan. Responden yang berada di kawasan yang mempunyai pembangunan digital mempunyai taraf hidup yang lebih baik berbanding responden di kawasan yang tidak mempunyai pembangunan digital. Hal ini, dapat ditunjukkan oleh perbezaan taraf pendidikan isi rumah dan pendapatan responden di kedua-dua kawasan kajian. Oleh itu, kajian ini mencadangkan beberapa strategi untuk digunakan oleh penggubal dasar bagi merangka pelbagai dasar serta program bagi mencapai matlamat untuk meningkatkan kadar celik IT.en_US
dc.publisherUniversiti Malaysia Terengganuen_US
dc.subjectChe Marina Che Ibrahimen_US
dc.subjectLP 11 FPE 2 2008en_US
dc.titleKesan pembangunan digital keatas taraf sosioekonomi masyarakat luar bandar : kajian kes Pahangen_US
dc.typeWorking Paperen_US
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 11 FPE 2 2008 Abstract.pdf540.27 kBAdobe PDFView/Open
LP 11 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
3.11 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.