Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9546
Full metadata record
DC Field | Value | Language |
---|---|---|
dc.contributor.author | Aleff Omar Shah Nordin | - |
dc.date.accessioned | 2018-07-26T03:35:38Z | - |
dc.date.available | 2018-07-26T03:35:38Z | - |
dc.date.issued | 2008 | - |
dc.identifier.uri | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9546 | - |
dc.description.abstract | Banjir merupakan suatu fenomena dan bencana alam yang boleh mendatangkan impak negatif kepada ekonomi dan sosial masyarakat. Menurut kajian oleh Pertubuhan Meteorologi Sedunia (WMO), banjir merupakan bencana alam yang ketiga terbesar yang telah menyebabkan kerugian dan kemusnahan harta benda. Pada akhir tahun 2006 dan awal tahun 2007 iaitu bermula dari 19 Disember 2006 sehingga 16 Januari 2007, banjir besar telah melanda Negeri Johor di mana hampir keseluruhan daerah di Negeri Johor telah dilanda banjir. Kota Tinggi adalah di antara daerah yang paling teruk terjejas dan merupakan banjir yang paling besar dan terburuk dalam sejarahnya. Akibat daripada banjir tersebut, penduduk di Kota Tinggi telah mengalami kerugian yang besar akibat kemusnahan harta benda, infrastruktur dan telah mengakibatkan daerah Kota Tinggi terputus hubungan dengan daerah-daerah lain di Negeri Johor serta membantutkan pembangunan dan pertumbuhan ekonomi di Kota Tinggi. Justeru itu kajian ini dijalankan bertujuan untuk melihat sejauh manakah bencana banjir memberi impak kepada pembangunan ekonomi di Daerah Kota Tinggi. Kajian ini menggunakan model regrasi berbilang dan pengujian statistik untuk menguji hubungan di antara pemboleh ubah bebas dan pembolehubah bersandar yang telah dipilih. Keputusan hasil kajian membuktikan bahawa bencana banjir yang telah melanda Daerah Kota Tinggi telah menjejaskan pembangunan ekonomi dan telah menjejaskan sosio ekonomi penduduk di daerah tersebut. | en_US |
dc.publisher | Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
dc.subject | Aleff Omar Shah Nordin | en_US |
dc.subject | LP 4 FPE 2 2008 | en_US |
dc.title | Kesan banjir ke atas pembangunan ekonomi kajian kes : Kota Tinggi | en_US |
dc.type | Working Paper | en_US |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 4 FPE 2 2008 Abstract.pdf | 556.77 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 4 FPE 2 2008 Full text.pdf Restricted Access | 3.72 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.