Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9547
Title: Momentum perkembangan ekonomi Malaysia 1980-2000 : aplikasi model input-output
Authors: Ahmad Syafiq Mohd Daron
Keywords: Ahmad Syafiq Mohd Daron
LP 3 FPE 2 2008
Issue Date: 2008
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Negara-negara yang mundur dan negara dalam proses modenisasi hanya bergantung dan tertumpu kepada sektor primer atau lebih dikenali sebagai 'sektor klasik' bagi mengerakkan pertumbuhan ekonomi negaranya. Waiau bagaimanapun, negara membangun seperti Malaysia yang telah 50 tahun mengecap kemerdekaan, sektor primer masih diberi keutamaan dan diberi nafas baru dalam menjana sumbangan terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia serta ia berperanan menjadi perantara dalam membangunkan sektor sekunder dan sektor tertier. Cabaran-cabaran global yang tidak menentu secara tidak langsung membawa perubahan terhadap struktur ekonomi Malaysia. Kajian ini dilaksanakan bagi mengukur sumbangan sektor-sektor ekonomi dalam menjana pertumbuhan output Malaysia dengan menggunakan pendekatan model input-output bagi tempoh 1980an hingga 2000. Tumpuan kajian ini mengkhususkan kepada kesan langsung dan kesan tidak langsung bagi melihat kebergantungan kerajaan terhadap sektor pembuatan dan gabungan sektor primer dan sektor tertier yang dinamakan sebagai sektor bukan pembuatan. Beberapa implikasi dasar serta polisi dibincangkan di akhir kajian ini untuk mengimbangi pertumbuhan ekonomi Malaysia dalam menghadapi fenomena persekitaran ekonomi global yang kian mencabar dan dalam menyahut status negara maju menjelang tahun 2020.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9547
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 3 FPE 2 2008 Abstract.pdf484.78 kBAdobe PDFView/Open
LP 3 FPE 2 2008 Full text.pdf
  Restricted Access
2.43 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.