Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9828
Title: Analisis kecekapan sektor industri terhadap pembangunan ekonomi Pulau Pinang
Authors: Tan Tee Hiang
Keywords: Tan Tee Hiang
LP 62 FPE 2 2009
Issue Date: 2009
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sektor industri merupakan antara sektor yang penting dalam mempengaruhi pertumbuhan ekonomi sesebuah negara di mana ia mewujudkan banyak peluang pekerjaan seterusnya menjanakan pembangunan ekonomi nagara. Sesebuah negara adalah sukar maju tanpa menceburi sektor industri seperti negara Jepun, Singapura dan lain-lain negara yang maju. Sehubung dengan ini, kajian ini akan cuba melihat keupayaan dan kesan kecekapan sumbangan sektor perindustrian kepada pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang di mana ia merupakan sektor yang kedua penting selepas sektor perkhidmatan dan menyumbangkan sekurang-kurangnya 45% bagi KDNK dan mewujudkan hampir 200,000 peluang pekerjaan. Kajian ini cuba menjelaskan kepentingan sektor industri dalam pembangunan ekonomi di Pulau Pinang dan juga perkembangan kecekapan sektor industri mempengaruhi perkembangan sektor-sektor yang lain dalam pertumbuhan ekonomi Pulau Pinang. Bagi menilai kecekapan kajian ini, perisian Data Envelopment Analysis (DEA) digunakan untuk mengaji kecekapan penjanaan pendapatan di Pulau Pinang. Hasil kajian mendapati Pulau Pinang masih kekurangan modal untuk menbangunkan lagi sektor industri dan potensi untuk berkembangan lagi. Oleh itu, kerajaan seharus menarik lebih ramai pelabur untuk melabur dalam sektor industri untuk memajukan sektor industri di Pulau Pinang. Seterusnya mengurangkan import dan meningkatkan eksport.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9828
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 62 FPE 2 2009 Abstract.pdf427.17 kBAdobe PDFView/Open
LP 62 FPE 2 2009 Full text.pdf6.68 MBAdobe PDFView/Open


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.