Please use this identifier to cite or link to this item:
http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9978
Title: | Impak pembangunan kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia |
Authors: | Oon Kean Aun |
Keywords: | LP 45 FPE 1 2011 Oon Kean Aun |
Issue Date: | 2011 |
Publisher: | Universiti Malaysia Terengganu |
Abstract: | Sektor pembangunan kewangan memainkan peranan sebagai satu sektor strategik dengan penggembleng dana bagi pelaburan. Tujuan kajian ini adalah untuk menganalisis kesan pembangunan sektor kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Penggunaan perisian Microfit for windows 4. 1 digunakan bagi analisis data. Model autoregressive distributed lag (ADRL) dengan pendekatan Bound test telah diaplikasi untuk menyemak kointergrasi antara pembolehubah. Hasil kajian ini didapati pembangunan kewangan kointegrasi dengan pertumbuhan ekonomi di Malaysia. Model autoregressive distributed lag (ADRL) dengan pendekatan Bound test telah diaplikasi untuk menyemak kointergrasi antara pembolehubah. Berdasarkan ujian kointergrasi dan model pembetulan ralat, kajian ini menunjukkan pembangunan kewangan (M3/GDP) signifikan mempengaruhi pertumbuhan ekonomi secara positif dalam jangka masa pendek dan jangka masa panjang. Grangerkausaliti berdasarkan vector error correction model (VECM) diaplikasi bagi menganalisis hubungan antara pembangunan kewangan dan pertumbuhan ekonomi. Kajian ini menyokong hubungan dwi-hala antara pembangunan kewangan dengan pertumbuhan ekonomi. Malaysia adalah negara sedang membangun yang sesuai untuk kajian kesan pembangunan sektor kewangan terhadap pertumbuhan ekonomi kerana memiliki sejarah reformasi yang mencukupi, serangkaian program pembangunan sistem kewangan telah dijalankan sejak tahun 1970. Kajian ini akan menjadi panduan dan perintis dalam pembangunan kewangan, mengatasi krisis ekonomi dan krisis kewangan pada masa akan datang. |
URI: | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9978 |
Appears in Collections: | Fakulti Pengurusan Ekonomi |
Files in This Item:
File | Description | Size | Format | |
---|---|---|---|---|
LP 45 FPE 1 2011 Abstract.pdf | 480.34 kB | Adobe PDF | View/Open | |
LP 45 FPE 1 2011 Full text.pdf Restricted Access | 2.89 MB | Adobe PDF | View/Open Request a copy |
Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.