Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9980
Title: Analisis Takaful Malaysia sebagai instrumen pelaburan dalam pembangunan ekonomi Malaysia
Authors: Nurul Syuhada Ismail
Keywords: LP 44 FPE 1 2011
Nurul Syuhada Ismail
Issue Date: 2011
Publisher: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Analisis peranan Takaful Malaysia adalah untuk melihat reaksi dan sumbangannya dalam ekonomi pembangunan dengan mengandaikannya sebagai instrumen pelaburan yang penting di Malaysia pada masa akan datang. Dalam kajian ini, skop keseluruhan adalah bertumpu kepada analisis pendapatan Takaful Malaysia bagi rnelihat adakah ia dapat membentuk satu sistem kewangan Islam yang efisien, progresif dan lengkap yang mana ia dapat memberi sumbangan bermakna kepada kecekapan dan keberkesanan sektor kewangan Malaysia di samping memenuhi keperluan ekonomi negara. Analisis dijalankan dengan menggunakan model kajian regrasi berganda di rnana terdapat beberapa pembolehubah tidak bersandar seperti KDNK, kadar bunga, intlasi, tabungan dan saham. Keputusan kajian mendapati bahawa, sebanyak 92 peratus daripada pendapatan Takaful Malaysia dipengaruhi oleh pembolehubah tidak bersandar. Keputusan menunjukkan bahawa, perubahan turun naik dalam kesemua pembolehubah tidak bersandar berikut memberi kesan yang besar terhadap peningkatan atau penurunan pendapatan Takaful Malaysia. Oleh itu, asas prasarana kewangan harus diperkukuhkan bagi rnenyokong perkembangan operasi Takaful Malaysia yang dirancangkan agar tidak merencatkan pertumbuhan ekonomi Malaysia. Landskap industri Takaful Malaysia pada tahun ini dijangka akan terbentuk seiring dengan perbankan dan insurans konvensional j ika pihak tertentu yang melibatkan diri dengan sektor industri ini memberikan komitmen yang tinggi dalarn sistem pengurusannya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9980
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 44 FPE 1 2011 Abstract.pdf466.75 kBAdobe PDFView/Open
LP 44 FPE 1 2011 Full text.pdf
  Restricted Access
2.29 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.