Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9988
Title: Pelaburan langsung asing, modal manusia dan pertumbuhan sektor pembuatan di Malaysia
Authors: Suhanadia Mohd Saidi
Keywords: LP 64 FPE 1 2012
Suhanadia Mohd Saidi
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk mengenalpasti pembolehubah-pembolehubah ekonomi yang mempengaruhi output sektor pembuatan di Malaysia. Tempoh kajian ini adalah meliputi tahun 1980 sehingga tahun 2007. Dalam kajian ini telah mengunakan dua pembolehubah bebas iaitu meliputi pelaburan langsung asing dan juga pelaburan modal manusia. Menerusi kajian ini juga telah membincangkan sejauhmana kesan pelaburan langsung asing dan prestasi pelaburan modal manusia terhadap output sektor pembuatan di Malaysia. Menerusi kajian ini juga, perisian komputer SAS telah digunakan bagi mengetahui hubungan setiap pembolehubah yang telah dikenalpasti. Kajian ini telah menggunakan spesifikasi model yang melibatkan pengujian ciri statistik, pengujian ciri ekonomi dan juga pengujian ciri ekonometrik. Pengujian ciri statistik adalah untuk melihat R2 , ujian t dan ujian F. Manakala bagi ciri ekonomi pula telah ditentukan teori ekonomi yang berasaskan kepada pembolehubah bersandar dan juga pembolehubah tidak bersandar. Selain itu, bagi ciri ekonometrik pula adalah merujuk kepada samada andaian yang digunakan dalam sesuatu pengganggaran telah memenuhi kehendak teori ekonometrik atau tidak. Penemuan kajian telah mendapati bahawa kedua-dua pembolehubah bebas tersebut telah mempunyai hubungan positif serta mempengaruhi output sektor pembuatan di Malaysia.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9988
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 64 FPE 1 2012 Abstract.pdf355.32 kBAdobe PDFView/Open
LP 64 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
2.58 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.