Please use this identifier to cite or link to this item: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/handle/123456789/9998
Title: Impak saiz bot terhadap pendaratan perikanan
Authors: Siti Aishah Che Yusoff
Keywords: Siti Aishah Che Yusoff
LP 59 FPE 1 2012
Issue Date: 2012
Publisher: Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu
Abstract: Sektor perikanan di Malaysia adalah satu penyumbang yang terbesar kepada pertumbuhan KDNK negara pada masa kini. Sumbangan fungsi pengeluaran dalam pengurusan sumber perikanan adalah penting dalam sektor perikanan kerana ia merupakan sumber makanan dan sunber bagi membolehkan ia terus bersaing di pasaran global. Kemajuan teknologi adalah penting bagi sektor ini bagi meningkatkan lagi pengeluaran dan mengukuhkan prestasi sektor ini. Kajian ini bertujuan untuk menganalisis fungsi pengeluaran dalam pengurusan sumber perikanan di Malaysia untuk tempoh masa kajian dari tahun 1976 hingga 2008 dengan tiga jenis bot yang berbeza bagi setiap tahun. Bagi mencapai objektif kajian ini, teknik pengeluaran translog melalui kaedah analisis pengeluaran dengan pembatasan stokastik menggunakan program MICROFIT. Data yang diperolehi diuji dengan menggunakan ujian kepegunan Univariate, Multivariate dan Phillip Perron. Ujian Granger dijalankan untuk melihat hubungan antara pembolehubah dan turut dijalankan ujian punca unit Augmented Dickey-Fuller. Secara keseluruhan hasil yang diperolehi daripada kajian ini menunjukkan bahawa vesel enjin dalam dan vesel enjin sangkut mempengaruhi pengeluaran perikanan secara positif. lni bermakna peningkatan bagi hasil vesel enjin sangkut akan menyebabkan peningkatan pengeluaran perikanan dan sebaliknya. Begitu juga apabila vesel enjin sangkut berlaku peningkatan turut menyebabkan pengeluaran perikanan meningkat dan sebaliknya.
URI: http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/9998
Appears in Collections:Fakulti Pengurusan Ekonomi

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
LP 59 FPE 1 2012 Abstract.pdf334.1 kBAdobe PDFView/Open
LP 59 FPE 1 2012 Full Text.pdf
  Restricted Access
3.46 MBAdobe PDFView/Open Request a copy


Items in UMT-IR are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.