Abstract:
Kajian ini mengkaji mengena1 hubungan pendapatan dengan persepsi kebahagiaan dan
kepuasan hidup individu di Kelantan. Seramai 200 responden daripada bandar Kota
Bharu dan Pasir Mas dijadikan sebagai sampel. Faktor pendapatan individu dan faktorfaktor
penentu yang lain merupakan elemen penting dalam menentukan persepsi
kebahagiaan dan kepuasan hidup individu. Kajian ini menggunakan borang soal selidik
sebagai kaedah kajian untuk memperolehi maklumat daripada kumpulan responden iaitu
penduduk bandar Kota Bharu dan Pasir Mas. Persepsi kebahagiaan dan kepuasan hidup
individu yang diperolehi terbahagi kepada dua iaitu positif dan negatif. Keputusan ini
diperolehi dengan menggunakan perisian analisis deskriptif dan analisis inferens iaitu
analisis korelasi dan analisis ANOV A sebagai metodologi pengukuran. Dapatan kajian
mendapati bahawa pendapatan mempunyai hubungan yang positif dengan persepsi
kebahagiaan dan kepuasan hidup individu.