Abstract:
Sektor pelancongan merupakan penyumbang utama bagi pendapatan
malaysia. lni telah menunjukkan bertapa pentingnya sektor pelancong untuk
kemapanan pembangunan ekonomi sesebuah negara dan telah
menyediakan banyak peluang pekerjaan dan perdangangan antarabangsa
bagi sesebuah negara. Matlamat asas kajian ini adalah bertujuan untuk
menganalisis polarisasi kehadiran pelancong Singapura yang datang ke
melancong ke Malaysia. Kajian ini akan menganalisis pola kehadiran
pelancong Singapura berasaskan kesan pergerakan rawak dan mengukur
tahap kebergantungan kehadiran pelancong asing berasaskan kesan
bermusim. Kajian ini akan menggunakan data siri masa sekunder bagi
tempoh 15 tahun dalam bentuk sukuan kehadiran pelancong Singapura dari
tempoh 1995:Q1 hingga 2009:Q4. Model empirik ARIMA (p,d,q)4 dan
SARIMA (p,d,q)4 akan digunakan sebagai model asas dalam kajian ini untuk
memperoleh kemeruapan kehadiran pelancong Singapura yang datang ke
Malaysia. Hasil keputusan kajian ini menunjukkan tiada kesan bermusim
wujud bagi pola kehadiran pelancong Singapura yang datang ke Malaysia.