| dc.description.abstract |
Secara global, isu jenayah komersil semakin banyak berlaku di malaysia. Terdapat
pelbagai faktor yang menyumbang kepada berlakunya masalah jenayah komersil
sesebuah negara. Kajian ini menggunakan data siri masa iaitu jenayah komersil, kadar
pertumbuhan ekonomi dan insiden pengangguran dari tahun 1990 sehingga 2009.
Keputusan kajian menunjukkan pengujian yang telah dilakukan adalah signifikan.
Berdasarkan kajian ini juga terdapat hubungan jangka pendek dan jangka panjang
dalam menunjukkan bahawa pertumbuhan ekonomi dan insiden pengangguran
mempengaruhi jenayah komersil di malaysia. Bagi menganalisis data kajian ini,
kaedah ujian kepegunan, ujian ko-integrasi, ujian penyebab-Granger, ujian integrasi
jangkamasa panjang(Engle-Granger Johansen dan ARDL), ujian jangkamasa pendek
(ECM), dan ujian-ujian kepegunan menggunakan pendekatan ADF dan PP. Hasil
kajian mendapati kadar pertumbuhan dan insiden pengangguran adalah
mempengaruhi akan jumlah jenayah komersil yang berlaku di malaysia |
en_US |