Abstract:
Akuakultur boleh diertikan sebagai satu kegiatan manusia masa kini untuk
meningkatkan pengeluaran organisma di dalam air yang berguna dari segi komersil dan
keperluan makanan protein secara intensif. Akuakultur boleh menjana pendapatan yang
lumayan kepada pengusalia atau penternak ·sekaligus meningkatkan taraf hidup
mereka. Selain itu, sektor akuakultur boleh menjamin bekalan makanan bagi memenuhi
permintaan yang semakin meningkat hasil pertambahan bilangan penduduk. Di samping
itu, sektor ini juga dapat menyediakan peluang pekerjaan kepada anak tempatan
khususnya para belia. lni dapat mengurangkan masalah pengangguran negara yang
semakin meningkat. Tambahan pula, melalui penyelidikan yang berterusan, teknikteknik
akuakultur yang terkini dapat meningkatkan produktiviti dan kecekapan sektor
tersebut. Kertas projek ini mengkaji produktiviti pengeluaran sektor akuakultur air tawar
di Malaysia sama ada mencapai kecekapan ataupun tidak dengan menggunakan
kaedah kajian Data Envelopment Analysis (DEA). lni kerana secara umumnya sektor
akuakultur ini amat berpotensi untuk pergi lebih jauh pada masa hadapan sekaligus
menjana pertumbuhan KDNK negara dalam usaha kerajaan menjadikan Malaysia
sebagai sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.