Abstract:
Peningkatan hasil cukai, kadar inflasi dan kadar faedah ditetapkan oleh kerajaan
amat mempengaruhi corak pendapatan negara. Di mana ketiga-tiga pembolehubah
ini memberi kesan langsung terhadap pendapatan negara dan juga turut bergantung
kepada ekonomi sesebuah negara dan ekonomi global. Kajian ini dijalankan dengan
menggunakan data siri masa tempoh 30 tahun dan kajian ini dijalankan di Malaysia.
Kajian ini menggunakan kaedah pengujian Kepegunan ADF, ujian Kointegrasi
Johansen Juselius untuk jangka masa panjang VAR dan jangka masa pendek VECM
dan ujian Penyebab Granger bagi menentukan hubungan antara pembolehubah.
Secara keseluruhannya hasil kajian mendapati kesan cukai, inflasi dan kadar faedah
ini amat memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi di Malaysia.