Abstract:
Konsep kemapanan semakin mendapat perhatian di peringkat global. Kajian ini
adalah bertujuan untuk melihat hubungan dinamik antara kemapanan ekonomi
dan pembebasan CO2 bagi dua buah negara yang sedang pesat membangun di
rantau ASEAN iaitu Malaysia dan Singapura. Kemapanan ekonomi semakin
mendapat perhatian disebabkan pemanasan global yang melampau dan
menyebabkan kesan kepada manusia. Konsep ini untuk melihat bagaimana
pertumbuhan ekonomi yang pesat sehingga menjejaskan alam sekitar. Data
berbentuk siri masa bagi tempoh 1980-2006 digunakan dalam kajian ini. Hasil
penemuan kajian menunjukkan wujud hubungan jangka masa pendek dan
jangka masa panjang antara pembebasan CO2 dan GNI per capita dengan
sebanyak 84.6% penyelarasan jangkasa masa pendek untuk mencapai
keseimbangan jangka masa panjang bagi Malaysia. Selain itu, ujian penyebab
Granger menunjukkan terdapat hubungan sehala dari CO2 kepada GNI bagi kes
Malaysia, manakala tiada hubungan antara pembolehubah bagi Singapura