Abstract:
Pengangguran merupakan satu gejala yang sering dihadapi oleh semua negara
terutamanya negara membangun. Terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan
berlakunya pengangguran. Antaranya adalah bilangan kemasukan buruh asing dan
bilangan kekosongan jawatan. Secara umunya, pengurangan bilangan kekosongan
jawatan dan peningkatan bilangan kemasukan buruh asing mampu mengubah struktur
pengangguran sesebuah negara. Hubungan antara kadar pengangguran, bilangan
kekosongan jawatan dan juga bilangan kemasukan buruh asing akan dilihat
berasaskan kajian empirikal dengan menggunakan data siri masa bagi tempoh 1989-
2008. Hasil keputusan kajian menunjukkan nilai ECT mempunyai kesan terhadap
kemasukan buruh asing dan kekosongan kerja yang bersamaan dengan 42%. Jelas di
sini bahawa, kemasukan buruh asing dan kekosongan kerja mampu mempengaruhi
tahap pengangguran di Malaysia.