Abstract:
Kajian ini adalah untuk menganalisis impak "missmatch" pekerjaan terhadap
pembangunan ekonomi Negara. Tujuan kajian ini adalah untuk mengetahui apakah faktor
penyumbang kepada golongan yang tidak mendapat bidang pekerjaan yang sama dengan
bidang kelulusan universiti mereka. Selain itu, kajian ini juga bertujuan mengumpul
pandangan responden terhadap faktor penyumbang kepada pembangunan ekonomi
Negara. Kajian ini mengunakan kaedah soal selidik untuk mendapatkan maklum balas
daripada responden.Untuk menganalisis data-data yang dapat dikumpul, ujian regrasi
logistik diguna pakai untuk mengetahui faktor penyumbang kepada berlakunya
"missmatch" pekerjaan serta impak terhadap pembangunan ekonomi.