Abstract:
Kertas kerja ini adalah untuk membincangkan tentang kesan Industri Kecil dan
Sederhana (IKS) terhadap pembangunan sosial ekonomi di daerah Oungun, Terengganu.
Pengumpulan data me! i batkan 100 orang responden (pengusaha dan pekerja) dan dua
belas industri di daerah Dungun, Terengganu. Kajian ini telah menggunakan data primer,
di mana data primer diperoleh melalui hasil soal selidik ke atas 100 orang responden di
daerah Dungun, Terengganu. Data status pengusaha dan pekerja ini dianalisis dengan
menggunakan Program Statistical Package The Social Sciences (SPSS). Tujuan kajian ini
adalah untuk mengenalpasti jenis-jenis IKS, menganalisis sumbangan usahawan IKS
terhadap taraf hidup keluarga, masyarakat di daerah Oungun serta mengkaji mengenai
cabaran dan rancangan masa hadapan usahawan dalam kelestarian pembangunan IKS.
Hasil analisis diskriptif mendapati bahawa kewujudan IKS memberi kesan yang positif
kepada masyarakat tempatan dalam memberi peluang pekerjaan kepada masyarakat
dalam usaha untuk meningkatkan pendapatan.