| dc.description.abstract |
Pemiagaan kecil-kecilan banyak wujud di serata tempat di setiap sudut kawasan dalam
negara Malaysia. Georgetown, Pulau Pinang merupakan sebuah negari yang terkenal
dengan pemiagaan kecil-kecilan seperti penjaja. Penjaja merupakan satu komponen yang
mengagihkan barangan yang efektif untuk mengagih barangan keperluan dan
perkhidmatan kepada pengguna setempat. Kajian ini adalah bertujuan untuk
mengenalpasti masalah utama yang dihadapi oleh penjaja bergerak di Georgetown, Pulau
Pinang. Seramai 100 orang responden yang akan dikaji oleh penyelidik. Kaedah yang
digunakan dalam kajian ini adalah Kaedah Deskriptif dan juga Model Regresi Logistik.
Hasil dapatan kajian dalam kajian ini adalah masalah daripada Aspek Ekonomi iaitu
seramai 93 peratus daripadanya yang menghadapi masalah tersebut. Manakala, hasil
daripada Model Regresi Logistik yang mengambarkan seramai 72 peratus daripada
responden yang mempunyai keberangkalian untuk mendapat keuntungan. Selain itu
didapati faktor pendidikan tertinggi merupakan faktor yang paling signifikan
mempengaruhi keberangkalian mendapat keuntungan oleh penjaja bergerak di
Georgetown, Pulau Pinang. Langkah untuk mengatasi masalah tersebut telah
dicandangkan dalam kajian ini. |
en_US |