Abstract:
Kajian ini ingin mengkaji integrasi nilai eksport dan import di Malaysia untuk
tempoh masa 1970-2008. Eksport dan import merupakan indikator utama untuk
menentukan imbangan dagangan dalam jangka pendek dan jangka panjang.
Terdapat sebanyak 3 jenis hubungan yang dapat dijelaskan hasil pemerhatian
hubungan antara pemboleh ubah eksport dan pemboleh ubah ·import. Jenis
hubungan adalah terdiri daripada hubungan satu hala, hubungan dua hala dan
tiada sebarang hubungan. Penemuan kajian ini menunjukkan terdapat hubungan
satu hala antara pemboleh ubah eksport terhadap pemboleh ubah import.
Keputusan unik ini telah menunjukkan bahawa terdapat hubungan yang
signifikan antara pemboleh ubah eksport dan pemboleh ubah import dimana ia
telah berjaya membuktikan hipotesis bahawa eksport membawa kepada
peningkatan import.