Abstract:
Sebilangan penyelidik telah melakukan kajian tentang hubungan antara
tabungan dan pelaburan untuk mengukur kesan kepada ekonomi negara-negara
membangun. Dengan menggunakan data antara masa, di dapati bahawa
tabungan dan pelaburan adalah berhubung dan sekaligus dapat disimpulkan
bahawa modal adalah tetap. Kajian ini bertujuan untuk menyediakan bukti
lanjutan ke atas kesan ekonomi Malaysia dalam jangka masa panjang dan
pendek dengan mengumpulkan data tahunan untuk tempoh dari tahun 1975
hinnga 2008. Waiau bagaimanapun, kesan tabungan ke atas pelaburan
dianggarkan kecil dalam tempoh jangka masa panjang. Justeru, kajian ini akan
membincangkan perhubungan pemboleh ubah antara tabungan domestik dan
pelaburan domestik terhadap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dengan
menggunakan pendekatan yang dikemukakan oleh Horioka (1980). Kaedah
Penganggaran Linear telah diadaptasikan secara menyeluruh bagi
menganggarkan setiap pemboleh ubah bebas melalui Ujian Augmented DickeyFuller
(ADF) dan Ujian Phillip-Perron (PP) bagi meninjau kepegunan data, Ujian
Penyebab Granger Dan Ujian Ko-lntegrasi.