Abstract:
Eksport komoditi utama masih lagi menjadi salah satu penyumbang kepada
pertumbuhan eksport serta pertumbuhan ekonomi negara. Di Malaysia, walaupun
kebergantungan terhadap eksport komoditi semakin berkurangan disebabkan
terdapat sektor pengganti yang lain tetapi eksport komoditi utama masih lagi
dianggap sebagai faktor penyumbang kepada peningkatan Keluaran Dalam Negara
Kasar (KDNK) negara. Fokus utama kajian ini dilakukan adalah untuk menilai kesan
eksport komoditi utama ke atas KDNK negara dari tahun 1987 hingga tahun 2010.
Komoditi utama yang dikaji di dalam kajian ini adalah seperti minyak sawit, kayu
balak, getah, minyak mentah, gas asli cecair dan timah. Kointegrasi dan hubungan
antara pembolehubah telah dilihat di dalam kajian ini. Kajian ini dianalisis
menggunakan teknik multivariasi (multivariate). Penemuan hasil kajian mendapati
eksport kayu balak dan getah menjadi antara komoditi utama yang memberi kesan
kepada jumlah KDNK negara.