Abstract:
Koko berperanan sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Kajian yang
dilakukan adalah bertujuan untuk melihat kecekapan faktor input dalam pengeluaran
koko di Malaysia. Satu model pengeluaran dibentuk berdasarkan penggunaan data
daripada tahun 1990 hingga tahun 2008. Kajian mendapati bahawa penggunaan
faktor input tidak mencapai tahap optimum dalam pengeluaran koko dimana input
tanah mengalami kos sut lebih besar daripada hasil sut (MC > MR), manakala buruh
pula mengalami kos sut lebih kecil daripada hasil sut (MC < MR). Dengan hal yang
demikian faktor input tanah harus dikurangkan dan input buruh harus ditambah. Dari
segi bentuk pulangan pula didapati berbentuk skala pulangan menurun dimana 1
peratus pertambahan dalam semua input menyebabkan output bertambah sebanyak
0.43. Dengan hal yang seclemikian input pengeluaran koko harus diberi penekanan
terutamanya dari segi keluasan kawasan tanaman supaya ia dapat menambahkan
pengeluaran. Selain itu, ia boleh dilakukan dengan penggunaan baja yang
bersesuaian dengan jenis tanah yang digunakan.