| dc.contributor.author | Nur Farahdiana Awang | |
| dc.date.accessioned | 2018-11-18T04:40:51Z | |
| dc.date.available | 2018-11-18T04:40:51Z | |
| dc.date.issued | 2012 | |
| dc.identifier.uri | http://umt-ir.umt.edu.my:8080/xmlui/handle/123456789/10036 | |
| dc.description.abstract | Koko berperanan sebagai penyumbang kepada ekonomi negara. Kajian yang dilakukan adalah bertujuan untuk melihat kecekapan faktor input dalam pengeluaran koko di Malaysia. Satu model pengeluaran dibentuk berdasarkan penggunaan data daripada tahun 1990 hingga tahun 2008. Kajian mendapati bahawa penggunaan faktor input tidak mencapai tahap optimum dalam pengeluaran koko dimana input tanah mengalami kos sut lebih besar daripada hasil sut (MC > MR), manakala buruh pula mengalami kos sut lebih kecil daripada hasil sut (MC < MR). Dengan hal yang demikian faktor input tanah harus dikurangkan dan input buruh harus ditambah. Dari segi bentuk pulangan pula didapati berbentuk skala pulangan menurun dimana 1 peratus pertambahan dalam semua input menyebabkan output bertambah sebanyak 0.43. Dengan hal yang seclemikian input pengeluaran koko harus diberi penekanan terutamanya dari segi keluasan kawasan tanaman supaya ia dapat menambahkan pengeluaran. Selain itu, ia boleh dilakukan dengan penggunaan baja yang bersesuaian dengan jenis tanah yang digunakan. | en_US |
| dc.language.iso | other | en_US |
| dc.publisher | Terengganu: Universiti Malaysia Terengganu | en_US |
| dc.subject | LP 46 FPE 1 2012 | en_US |
| dc.subject | Nur Farahdiana Awang | en_US |
| dc.title | Kecekapan faktor input dalam pengeluaran koko di Malaysia | en_US |
| dc.type | Working Paper | en_US |