Abstract:
Sumber petroleum memberikan sumbangan yang besar kepada ekonomi Malaysia
sama ada dalam aspek pekerjaan mahupun pendapatan. Satu kajian akan dilakukan ke
atas pengeluaran petroleum, yang mana dua faktor input dalam pengeluaran tersebut
akan digunakan iaitu input buruh dan modal. Satu model regrasi berbilang dibentuk
berdasarkan kepada data siri masa dari tahun 1980 hingga 2009. Kajian ini
menggunakan kaedah Kuasa Dua Terkecil (OLS) untuk menganggar parameter dalam
model. Hasil kajian mendapati bahawa penggunaan kedua-dua input tersebut dalam
pegeluaran petroleum masih belum mancapai tahap optimum, di mana hasil sut (MR)
adalah lebih besar daripada kos sut (MC). Dari aspek pulangan pula, hasil kajian
mendapati bahawa bentuk pulangan kepada pengeluaran petroleum adalah skala
pulangan meningkat, di mana pertambahan sebanyak satu peratus dalam semua input
akan menyebabkan output meningkat sebanyak 1.49 peratus. Oleh yang demikian,
wujud kecenderungan untuk industri petroleum di Malaysia menambahkan lagi input
buruh dan modal yang digunakan dalam proses pengeluaran supaya ia mencapai tahap
optimum dalam pengeluaran, di samping memperbaiki kualiti kedua-dua input tersebut.