Abstract:
Tindakan kerajaan dan Bank Negara Malaysia dalam memacu ekonomi negara
sangat berkait rapat dengan dasar kewangan. Dasar kewangan melibatkan Kadar
Dasar Semalaman (OPR) ditentukan oleh BNM amat berkait rapat dengan
pertumbuhan ekonomi. Kajian ini menganalisis tindakan Bank Negara Malaysia
(BNM) dalam dasar kewangan untuk memperkukuhkan ekonomi. Pengkaji akan
mengkaji hubungan di antara inflasi, KDNK dan OPR menggunakan data sekunder
berbentuk siri masa yang diperoleh daripada BNM dan Jabatan Perangkaan
menggunakan model regrasi berbilang dan pendekatan VAR Dapatan menunjukkan
hubungan yang signifikan dimana inflasi berhubung secara positif dengan KDNK
manakala OPR berhubung secara negatif dengan KDNK. Pengkaji mencadangkan
supaya pembolehubah seperti kadar bunga dan kadar pertukaran tetap dimasukkan
untuk kajian yang seterusnya.