Abstract:
Masyarakat yang sihat merupakan aset dan penyumbang kepada pembangunan negara
dinamik lagi produktif. Perkhidmatan kesihatan yang mesra dan cekap menjadi
perkara utama yang menjadi keutamaan kerajaan bagi memastikan masyarakat
menerima perkhidmatan dan rawatan yang sewajamya. Kecekapan sesebuah hospital
turut menjadi matlamat utama dalam pembangunan kesihatan Malaysia. Sehubungan
dengan itu, kajian ini dilaksanakan bagi menganalisi kecekapan hospital-hospital
dalam pembangunan kesihatan di Malaysia. Bagi membuktikan objektif yang
dirangka, pengkaji akan menggunakan Data Envelopment Analysis (DEA) untuk
mengkaji tahap kecekapan hospital. Pembolehubah input yang digunakan adalah
bilangan katil, bilangan doktor, dan bilangan jururawat manakala pembolehubah
output yang digunakan adalah bilangan pesakit keluar hospital. Dapatan kajian
menunjukkan secara keseluruhannya, hospital di Malaysia telah mencapai tahap
kecekapan sepanjang tempoh kajian. Walaubagaimana pun, bagi memastikan
kecekapan yang dicapai mencapai kecekapan optimum, kerajaan sewajamya
meningkatkan bilangan kakitangan di sektor kesihatan seterusnya mengurangkan
beban kerja di kalangan kakitangan.