Abstract:
Sektor akuakultur merupakan satu sektor di bawah sektor perikanan, dimana
akuakultur ialah ternakan yang dilakukan bagi menampung permintaan yang
tinggi terhadap hasil laut. Hal ini kerana hasil tangkapan yang dibawa oleh
para nelayan pada masa kini semakin merosot disebabkan oleh pelbagai
masalah, antara masalah yang dihadapi oleh para nelayan ialah musim
tengkujuh di pantai timur dan penggunaan pukat tunda yang menyebabkan
anak-anak ikan yang belum cukup umur telah di tangkap sekali menyebabkan
tiada benih atau generasi ikan di lautan. Fokus utama kajian ini ialah
kecekapan dan produktiviti pengeluaran dalam sektor akuakultur di Malaysia
bagi kawasan air masin, dimana sektor ini dapat mengeluarkan hasil
keluarannya dengan cekap dalam menampung perrnintaan yang tinggi ke
atas hasil laut tersebut. Oleh itu sektor akuakultur merupakan satu sektor
yang penting dalam negara dalam membekalkan sumber protein kepada
penduduk di Malaysia.