Abstract:
Kecekapan tenaga berrnaksud kebolehan menggunakan tenaga secara cekap tanpa
mengurangkan tahap keselesaan dan keperluan pada tahap sewajamya. Kajian ini
dilaksanakan bagi menganalisis dan menilai tahap kecekapan penjanaan tenaga di Malaysia
mengikut sumber. Bagi membuktikan objektif yang dirangka pengkaji akan menggunakan
kaedah Analisis Penyampulan Data (DEA) menggunakan data dari tahun 1990 sehingga
tahun 2008 meliputi data penjanaan sumber hidro, arang batu, bio-diesel dan diesel dan gas
asli. Dapatan kajian menunjukkan bahawa sumber-sumber tenaga mempengaruhi kecekapan
penjanaan tenaga elektrik. Bagi meningkatkan lagi tahap kecekapan tenaga, perlaksanaan
Kempen Kesedaran Kecekapan Tenaga, pemilihan produk kecekapan tenaga dan
menggunakan tenaga secara cerrnat dan bijaksana perlu dipertingkatkan dan disebar luaskan.