Abstract:
Secara keseluruhannya, dapat disimpulkan bahawa penghasilan Kertas Projek ini adalah
berdasarkan peningkatan yang dilihat dalam penanaman tanaman kelapa yang terdapat di
kawasan Rengit, Batu Pahat, Johor. Selain itu, kertas kajian ini membincangkan faktorfaktor
yang mempengaruhi tahap kecekapan ini. Faktor-faktor tersebut adalah keluasan
(hektar), keluaran (biji), harga (RM) serta hasil (RM) yang mana ianya mampu memberi
pengaruh yang besar terhadap tanaman kelapa. Pengumpulan data ini adalah melalui
Jabatan pertanian Daerah Batu Pahat, Johor dan data dianalisis menggunakan Model Data
Envolepment Analysis (DEA). Sesungguhnya, industri tanaman kelapa merupakan satu
industri yang mampu memberi hasil yang lumayan kepada petani. Maka kajian ini
dilakukan untuk melihat tahap kecekapan industri tanaman kelapa ini.