Abstract:
Nanas memainkan peranan penting sebagai salah satu pertanian
yang menjadi penyumbang utama dalam sektor pertanian di Malaysia.
Nanas merupakan antara komoditi utama yang di eksport oleh
Malaysia ke negara-negara lain. Satu kajian telah dilakukan untuk
melihat kecekapan faktor input dalam pengeluaran buah nanas. Satu
model pengeluaran telah dibentuk berasaskan kepada data tahun
1990 sehingga 2010. Hasil kajian ini mendapati penggunaan faktor
input keluasan tanaman dan bilangan pekebun kecil adalah masih
belum mencapai tahap optimum di mana kedua-dua faktor input
mengalami kos sut lebih besar daripada hasil sut. Selain itu, hasil
kajian juga mendapati bentuk pulangan adalah dalam bentuk skala
pulangan meningkat, di mana setiap satu peratus dalam pertambahan
semua input, output bertambah sebanyak 1.61 peratus.